Sekitar Aktiviti Pasca UPSR


Aktiviti pasca UPSR ini telah berjalan sebaik sahaja peperiksaan UPSR berakhir iaitu bermula 18 September 2011 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan telah pun berlangsung sejak sebulan yang lalu. Antaranya ialah permainan bola sepak serta bola jaring bagi setiap rumah sukan, persiapan perkhemahan badan beruniform, ceramah serta taklimat ke sekolah menengah dan lain-lain lagi.

 
 Perlawanan bola sepak antara rumah-rumah sukan bagi murid lelaki.


Perlawanan bola jaring bagi murid perempuan.

Sebaik selesai perlawanan antara rumah sukan, murid-murid tahun 6 meneruskan aktiviti pasca UPSR dengan membuat persiapan sempena perkhemahan badan beruniform peringkat sekolah. Murid-murid telah membuat gadget mengikut kumpulan unit uniform mereka.

 

  
Murid-murid menyiapkan gadget dalam kumpulan unit uniform masing-masing.

Selain daripada aktiviti luar bilik darjah, murid-murid juga diberikan pengisian dalaman seperti ceramah awal remaja sebagai persediaan untuk menghadapi proses awal remaja. 

 Ceramah awal remaja bagi murid perempuan yang dikendalikan oleh Puan Rohana Abdullah.

 Murid-murid lelaki tekun mendengar ceramah daripada En Suhaimi Jusoh.