HARI PENDAFTARAN MURID



             Pendaftaran murid SK Manir bagi sesi persekolahan 2012 telah diadakan pada 28 Disember bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11 pagi. Pendaftaran tersebut melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bertempat di kelas masing-masing dan dikawal urus oleh guru kelas dengan dibantu seorang guru lain. Di samping itu, kedai sekolah juga membuat jualan buku tulis dan peralatan sekolah seperti lencana, tali leher dan  alat tulis. Secara umumnya, hampir 80% para ibubapa dapat hadir pada hari pendaftaran ini.