MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG & ANUGERAH KECEMERLANGAN SK MANIR 2012





              Pada 28 Januari yang lalu telah berlangsung satu majlis yang cukup bermakna bagi SK Manir khususnya bagi murid-murid yang telah menempa kejayaan dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan akhir tahun 2011 yang lalu. Majlis tersebut adalah Majlis Mesyuarat Agung PIBG & Anugerah Kecemerlangan SK Manir 2012.
              Berbeza dari tahun-tahun yang lalu, Majlis Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini telah digabungkan bersama Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Manir 2012. Majlis dimulakan dengan sesi Mesyuarat Agung PIBG pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Tepat jam 11 pagi, berlangsung pula upacara perasmian yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu YB Mohd Nor bin Othman. Beliau turut meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya serta tokoh-tokoh murid yang terpilih.
Pada majlis tersebut, pihak sekolah telah menyampaikan anugerah kepada Adik Qurratul Ain binti Misbahuddin sebagai Tokoh Murid, Adik Asmiah Nuraini binti Md Noor sebagai Tokoh Akademik, Adik Ahmad A’zim Aizuddin bin Mohd Rafii sebagai Tokoh Kepimpinan, Adik Ahmad Syahmi bin Mohd Harizam sebagai Tokoh Pekerti Terpuji dan Adik Muhammad Amir Irsyad bin Mahadi sebagai Tokoh Kokurikulum.
Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.