Setelah berlangsungnya mesyuarat guru kali pertama, menyusul pula mesyuarat panitia-panitia mata pelajaran dan unit-unit khas bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran 2012. Antara mesyuarat yang diadakan ialah mesyuarat JKS pada 20 Disember, mesyuarat JK Kokurikulum Induk dan mesyuarat Panitia BM,PAI,BI dan PSV pada 21 Disember, mesyuarat Panitia Matematik,B.Arab,PJK dan Sains pada 22 Disember, manakala mesyuarat ajk Disiplin dan Badan Pengawas serta mesyuarat ajk UPSR kali pertama, masing-masing pada 27 Disember dan 4 Januari yang lalu, kemudian disusuli pula mesyuarat-mesyuarat yang lain.
Semua mesyuarat dapat diadakan mengikut takwim yang disusun.