Murid tahap 1 berada di Teratak Ilmu sebelum perhimpuanan pagi
Bermula dari hari pertama persekolahan, sesuai dengan motto ‘First Day, First Bell, First Lesson’ murid-murid SK Manir telah memulakan tiga program utama pada setiap pagi. Seawal jam 7.10 pagi, murid-murid Tahap 1 mula berkumpul di Teratak Ilmu bagi mengikuti Program Bacaan manakala murid Tahap 2 menuju ke surau untuk mengikuti Program Bacaan Yasin. Seusai program tersebut pada jam 7.30 pagi, semua murid berkumpul di Dataran Perhimpunan untuk mengikuti Program Asahan Minda iaitu perhimpunan pagi pada setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 7.45 pagi. Antara pengisiannya adalah ‘Learn One Word A Day’ atau Sifir pada hari Isnin dan Rabu, slot Kerohanian pada hari Selasa dan slot Bimbingan dan Disiplin pada hari Khamis.
Murid-murid diberi pendedahan dan pengukuhan secara berterusan bagi pemantapan ilmu dan sahsiah mereka sebagai murid SK Manir.