Assalamualaikum.
Pada 31 Januari 2013, telah diadakan Majlis Letak Kerja UPSR 2013 di Sekolah Kebangsaan Manir.
Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan pendaftaran.
Selepas itu, ibu bapa dijemput menjamah makan malam sebelum solat maghrib.
Seterusnya, solat maghrib berjemaah, bacaan Yassin beramai-ramai, solat hajat berjemaah dan solat Isyak berjemaah pun dilaksanakan.
Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi. Murid-murid begitu bersemangat mendengar ceramah motivasi itu dan memberi respons yang baik kepada penceramah.
Majlis berakhir pada pukul 11 malam. Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah Yang Maha Besar.
Wassalam.