Kursus Kepimpinan 2013


Badan Pengawas dan Pusat Sumber SK Manir dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum telah menganjurkan Kursus Kepimpinan kepada semua pengawas sekolah, pengawas PSS, pengerusi dan setiausaha kelab, persatuan dan unit  beruniform serta ketua-ketua kelas Tahap 2. Kursus ini telah diadakan pada 2 Februari 2013 bermula jam 7.45 pagi hingga 1.30 petang.


Objektif diadakan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepimpinan yang berkesan di samping memberi kesedaran kepada para peserta bahawa mereka adalah contoh dan role model kepada murid-murid lain.


Kursus ini bermula pada jam 8 pagi hingga 1 petang. Kursus pengawas sekolah diadakan di makmal komputer, pengawas perpustakaan di perpustakaan dan ketua unit di surau. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada ketua tentang tanggungjawab mereka terhadap jawatan yang telah diamanahkan. Pihak sekolah berharap selepas menghadiri kursus tersebut semua peserta dapat mengubah sikap mereka terhadap tugasan yang diberi.