Majlis Mesyuarat Agung dan Anugerah Cemerlang SK Manir 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari 2013 yang lalu, bertempat di Kantin SK Manir. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Penyelaras DUN Manir, Tuan Haji Yahaya bin Chik. .
Sesi pertama pada hari tersebut adalah Mesyuarat Agung PIBG yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Manir, Dr. Wan Shaari bin Wan Ismail. Tepat jam 10.30 pagi, majlis perasmian bagi kedua-dua program tersebut telah berlangsung dan diteruskan dengan Majlis Anugerah Cemerlang SK Manir.
Dalam majlis tersebut, Adik Nur Nazarith Sofiah bt Wahab telah dipilih sebagai Tokoh Murid atas kecemerlangan beliau dalam sahsiah, akademik dan kokurikulum.Tokoh Akademik pula telah dianugerahkan kepada Adik Alia Safia bt Zamzuri, Tokoh Kepimpinan — Adik Wan Nazif Danial bin Wan Ahmad Nazlee, Tokoh Pekerti Terpuji—Adik Muhammad Aliff Shafiee bin Rosli dan Tokoh Kokurikulum— Adik Nornaimah bt Mohd.