Perlawanan Bola Baling Perempuan

Pada 21 April 2013, iaitu hari Ahad, SK Manir telah menghantar pasukan bola baling perempuan ke SMK Tengku Mizan Zainal Abidin untuk menyertai perlawanan.

Pasukan bola baling perempuan ini telah menjadi johan dalam kumpulan E dan akan ke peringkat akhir yang dijadualkan pada hari Khamis, 25 April 2013.

Maka, sama-samalah kita memberi sokongan dan berdoa kejayaan pasukan sekolah kita ini.










Labels: