Program Kesihatan: Pemakanan Seimbang dan Bahaya Denggi

Pada hari Isnin, 16 April 2013, Jawatankuasa 3K SK Manir telah mengadakan program kesihatan iaitu  Pemakanan Seimbang dan Bahaya Denggi.

Program ini bertujuan agar warga sekolah mengetahui makna pemakanan seimbang, membezakan jenis makanan mengikut kumpulan makanan seimbang dengan tidak seimbang dan mengetahui punca penyakit denggi dan menyenaraikan tanda-tanda penyakit denggi dan mencegah  daripada penyakit denggi dalam kehidupan.


Pameran Kesihatan dan Denggi telah diadakan di Teratak Ilmu, manakala ceramah Kesihatan tentang Pemakanan Seimbang dan Denggi pula diadakan di Surau Sekolah. Slot Pameran melibatkan semua murid manakala slot ceramah melibatkan murid tahap 2.




Murid-murid mencuba untuk menjawab soalan para petugas


Pameran Kesihatan di Teratak Ilmu


Murid-murid tekun mendengar penerangan petugas


Antara barang yang dipamerkan


Murid-murid tekun mendengar ceramah 





Labels: ,