Refleksi Jumaat: Damainya Diri Apabila Bersifat Pemaaf

"Nothing is as strong as gentleness..."

Assalamualaikum.

Refleksi hari ini adalah dipetik daripada nota Ustaz Zahazan Mohamed.
Kita akan merasa tenang apabila memaafkan orang lain, seperti yang berlaku pada Umar b. Abd Aziz r.a, mujaddid dalam Islam.

Beliau meminta khadamnya agar membawa minuman. Tiba-tiba air yang dibawa telah tertumpah ke atas Umar, menyebabkan beliau basah.

Beliau berasa marah, tapi didamaikan bila khadam itu membaca ayat ke 134 Surah Ali Imran yamg bermaksud "... dan orang yang menahan marahnya...". Umar bertanya kepadanya, " Kemudian katakan lagi."

Dia membaca rangkap yang berikutnya dalam ayat yang sama: " Dan orang yang memaafkan." Umar bertanya lagi: "Kemudian?"

Dia menjawab rangkap yang berikutnya; " Dan Allah amat menyayangi orang yang bersifat ihsan."
Umar berkata, " Kamu dibebaskan."

Moral daripada kisah ini: Lihat peribadi unggul ini bersikap pemaaf walaupun beliau layak mengambil tindakan kepada hambanya itu, tapi beliau lebih senang beramal dengan panduan Rasulullah iaitu:

"Bukanlah kekuatan dikira dengan kekuatan, tapi apabila ia mampu bertahan waktu beliau marah!"

"What is there that forgiveness can't achieve?"

P.s: Seperti yang dipesan oleh sahabat lama saya, apa kata sebelum tidur itu, kita cuba untuk maafkan semua orang. Insya Allah, hati akan sentiasa tenang. Cuba lupakan silap orang kepada kita, dan lupakan amal kebaikan kita kepada orang, sebaliknya, ingat adakah kita melakukan dosa kepada orang lain hari ini? Anggapkan malam ini adalah malam terakhir kita di dunia ini. Adakah amal kita ini sudah mencukupi sebagai bekalan kepada hari-hari ke alam barzakh dan seterusnya ke hari akhirat?

Labels: