Refleksi Jumaat: Mencari Bahagia

"Be smart, have a plan and hold on to the people you love"  - Chris Gardner

"...itu  semua tak boleh beli bahagia... " Najwa Latif


Assalamualaikum.

Refleksi hari ini dipetik daripada Islam Itu Indah, Celik Mata Reset Indah:  Mencari Bahagia (6 Februari 2013) oleh Ustaz Ebit Lew.

1. Apa erti sebenar bahagia? Ramai orang sangka, bahagia itu apabila ada rumah besar, kereta besar, gaji besar.

2. Hadis Nabi: Bahagia ini datang daripada hati. Sebab itu, orang yang paling bahagia ialah orang yang betul-betul mengenali Allah. Iaitu nabi-nabi terdahulu, Rasulullah dan keluarganya serta para sahabat. Saidatina Aishah lapar sangat sampai hisap-hisap kurma. Tapi mereka adalah orang yang sangat bahagia. Kerana bahagia adalah dari hati. Jadi orang yang mengenal Allah adalah orang yang paling bahagia.

3. Apabila Allah ingin mengurniakan bahagia pada seseorang, satu dunia tidak boleh menghalangNya, tapi apabila Allah ingin mengurniakan derita pada seseorang, satu dunia tidak boleh menghalangNya. Kerana bahagia dan derita datangnya daripada Allah.

4. Apabila sahabat-sahabat, contohnya Bilal ditanya bilakah beliau paling bahagia. Beliau menjawab apabila batu diletak di atas dada saya. Apabila  beliau diseksa dan disebat, beliau menyebut, Ahadun, Ahadun, iaitu Allah Maha Esa, Allah Maha Esa. Dan bila mana Bilal hampir meninggal dunia, isterinya(yang sangat jelita) menyebut, wahai suamiku, ini saat yang paling sedih dalam hidup aku akan berpisah dengan kamu. Maka Bilal menyebut, inilah saat yang paling indah dalam hidup aku kerana akan berjumpa nabi dan para sahabat. Jadi bagi para sahabat, bahagia yang sebenar ialah apabila mereka dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya.

5.Jadi kita kena kenal erti bahagia dengan sebenar-benarnya. Contoh, ada seorang pelajar. Orang lain belajar 3 tahun, tapi dia belajar selama 5 tahun dan dia sangat sedih dengan hidup dia. Namun pada semester akhirnya, dia mula datang dekat pada agama, pada Allah. Rupanya, Allah mahu mendekatkan dia kepada Allah. Sebab itu dia lambat habis pengajian.

6. Contoh anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kita sebagai ibu bapa sanggup biarkan anak itu jatuh dan bangun sewaktu belajar berjalan supaya dia boleh berjalan. Supaya kelak anak itu akan jadi orang yang hebat. Tapi bila anak mahu terjun dari flat, ibu tidak akan membiarkan, dia akan berlari mendapatkan anak itu. Begitulah juga dengan Allah. Allah sangat dekat dengan kita. Lebih dekat daripada siapa-siapa dekat dengan kita. Allah biarkan kita jatuh. Allah biarkan kita susah sikit-sikit. Sebab itu kehidupan Nabi s.a.w penuh kesusahan. Tapi itulah bahagia yang sebenarnya. Bahagia yang sebenarnya ialah orang yang dalam hatinya mengenal Allah dengan sebenarnya. Orang yang meluaskan hatinya. Yang melihat dunia dengan dimensi akhirat.  Sebab akhirat ini luas, orang yang berpaling daripada akhirat, Allah sempitkan hidupnya. Sebenarnya hati dia yang sempit.  Sebab itu walaupun kita nampak nabi dan para sahabat susah tapi mereka lagi bahagia daripada kita.

7. Contoh: Khalid al Walid yang menjadi musuh Islam sebelum memeluk Islam. Beliau menjadi perancang kematian Hamzah r.a. Semua orang meratapi kematian ahli keluarga yang meninggal dalam perang Uhud. Sebab itu, selepas Khalid masuk Islam, beliau sangat takut akan dipukul apabila ke Madinah. Rupanya, semua orang menyambut Khalid- Labbaik ... wahai Pakcik walaupun kamu menyebabkan hidup kami susah sebab ayah kami meninggal, tapi tidak mengapa asalkan kamu mengenal Islam...


Bersambung...

P.s:  Kadang kala, kita tidak tahu menghargai bahagia yang ada dalam hati, hingga kita kehilangannya... Justeru, marilah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. To quote: "The grass is always greener on the other side." Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, tapi jangan terhenti di situ!



    "Remember, a calamity that brings you closer to Allah is better than a blessing that takes you away from Allah."  - Islamic Thinking

Labels: