Pada hari Rabu, 19 Jun 2013, telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan SK Manir 2013. Kejohanan bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Antara acara yang dipertandingkan ialah acara untuk prasekolah iaitu junjung pundi kacang, bawa bola ping pong dalam sudu, dan jalan kura-kura.
Bagi murid Tahap Satu pula, acara yang dipertandingkan ialah 80M lelaki dan perempuan, 4X20M lelaki dan perempuan, dan lompat jauh.
Sementara bagi murid Tahap Dua, acara yang dipertandingkan, antaranya ialah 100M lelaki dan perempuan, 4X100M lelaki dan perempuan, 100M lari berpagar lelaki dan perempuan, 4X200 lelaki dan perempuan, 400M lelaki dan perempuan, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan tarik tali.
Semua murid begitu bersemangat menyertai acara yang dipertandingkan.
Labels: Sukan