Pada hari Ahad, 9 Jun 2013, telah berlangsung pelancaran Minggu Sains SK Manir 2013. Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh Panitia Sains sepanjang Minggu Sains berlangsung.
Sempena pelancaran Minggu Sains, Guru Besar, Puan Hajah Normah bt Daud telah berbesar hati melakukan persembahan silap mata.
Guru besar memulakan acara silap mata
Ta da! Magic!
Guru besar memberikan ucapan perasmian
Nyanyian dari murid-murid
Cikgu Rubeetha menyanyi
Antara aktiviti yang dijalankan pada Minggu Sains SK Manir 2013 ialah Pertandingan Membuat Buku Skrap untuk Tahap 1, Pertandingan Rekacipta untuk Tahap 2, Kuiz untuk Tahap 1 dan 2, dan Pameran Sains.
Semua aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid SK Manir.