Sempena bulan Ramadan, Badan Kerohanian SK Manir telah merancang pelbagai program.
Program yang dirancang adalah Tazkirah Murid pada perhimpunan pagi, Hafazan Tahap 1 pada waktu rehat tahap 1, Tadarus Al Quran Tahap 2 pada waktu rehat tahap 2 dan Tazkirah Guru pada waktu rehat tahap 2.
Semoga program yang dirancang berjalan lancar dan diberkati Allah, amin.
Tazkirah Pagi sempena Ramadan oleh Ustazah Nur Syuhada, ustazah praktikum
Murid-murid mengambil tempat di dalam surau untuk Program Hafazan Tahap 1
Program Hafazan Tahap 1 yang dipimpin oleh murid Tahun 3, Nazim daripada 3 Shafie
Murid-murid sedang menghafaz Al Quran
Labels: Akademik, Sahsiah