Pada hari Khamis, 5 September 2013, Solat Hajat Perdana telah diadakan di Surau Sekolah SK Manir. Majlis bermula pada 6.45 petang.
Program ini dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti dengan solat Hajat, Bacaan Yassin dan solat Isyak.
Naib Pengerusi PIBG telah memberi kata-kata perangsang dan motivasi kepada murid-murid Tahun 6.
Puan Guru Besar juga turut memberi ucapan dan kata-kata nasihat kepada calon-calon UPSR dan beberapa amanat kepada ibu bapa yang hadir.
Pada akhir majlis, makanan diagihkan kepada para tetamu.