Tanggal 18 Januari 2014 telah berlangsungnya 2 majlis besar bagi warga SK Manir iaitu Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 26 dan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SKM 2013. Tetamu kehormat yang sudi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Berbahagia En Awang bin Ibrahim, PPD Kuala Terengganu.
Murid-murid cemerlang dalam Akademik & KAFA telah menerima hadiah masing-masing daripada Tuan PPD. Anugerah-anugerah khas juga disampaikan pada hari tersebut.
Murid-murid cemerlang dalam UPSR turut diraikan. Seramai 25 orang murid Tahun 6 2013 mendapat 5A dalam UPSR 2013. Majlis pada hari tersebut diserikan lagi dengan persembahan daripada murid pra sekolah.
Video persembahan Murid-murid Pra Sekolah: