Kem Bestari Solat Fasa 1 telah diadakan pada hari Khamis bersamaan dengan 6 Mac 2014 bermula jam 2.30 petang. Murid-murid yang terlibat adalah dari Tahun 1 hingga Tahun 5.
Antara perkara yang diajar ialah cara-cara mengambil wudu’, bacaan-bacaan dan perlakuan-perlakuan dalam solat. Kem ini berakhir jam 5.00 petang iaitu selepas murid-murid menunaikan solat Asar berjemaah di surau.