Kem ini berjalan pada hari Jumaat dan Sabtu selama dua minggu berturut-turut iaitu pada 7, 8, 14 dan 15 Mac 2014.
Tujuannya ialah memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahun 6 tentang teknik menjawab soalan UPSR bagi persediaan menghadapi UPSR 2014. Fasilitator terdiri dari pemeriksa kertas UPSR dan guru-guru Tahun 6.