Tanggal 17 Mac 2014 bersamaan dengan hari Isnin, seluruh warga SK Manir dikejutkan dengan perkhabaran yang me-nyedihkan. Allahyarham En.Hishammudin Ibrahim yang merupakan salah seorang guru di sekolah ini telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam satu kemalangan.
Seluruh warga sekolah ini merasa kehilangan yang amat sangat dengan pemergian arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Al-fatihah.....