Pelancaran Program Juara Sifir peringkat sekolah bagi tahun ketiga telah dirasmikan oleh Puan Hjh. Normah binti Daud, Guru Besar SK Manir pada 3 Mac 2014 bersamaan dengan hari Isnin yang bertempat di tapak perhimpunan sekolah.
Program ini bermula pada 3 Mac dan berakhir pada 22 Mei 2014. Sepanjang program ini berjalan iaitu selama lebih kurang 2 bulan, pelbagai aktiviti telah dirancang. Majlis penutup Program Juara Sifir ini dijangka akan ditutup dengan rasminya pada 22 Mei 2014.