MAJLIS PENUTUP IHYA’ RAMADHAN, KHATAM AL-QURAN DAN PEMBAHAGIAN DUIT RAYA




            Pada 24 Julai yang lalu telah berlangsung satu majlis yang cukup ditunggu tunggu bagi murid SK Manir. Majlis tersebut adalah Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan, Khatam Al-Quran dan pembahagian duit raya.
        
             Majlis dimulakan dengan taklimat berkaitan dengan adab-adab semasa menyambut Aidilfitri yang disampaikan oleh Ust. Shariful Bukhori. Ia disusuli dengan majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Tuan Haji Muhammad Raffi. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian insentif kepada murid yang khatam Al-Quran dan menghafaz Surah– Surah lazim.
 
           Acara kemuncak pada majlis ini adalah penyampaian duit raya kepada semua  murid  dan acara bersalam-salaman diantara murid  dengan semua guru .
Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.








Labels: , , , , ,