Kejohanan Balapan dan Padang SK Manir Kali ke-28

              Kejohanan Balapan dan Padang SK Manir Kali ke-28 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 1 April 2015.  Kejohanan yang berlansung selama 3 hari bermula 30 Mac ini disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar, Puan Hajjah Normah bt Daud di padang SK Manir.
              Pelbagai acara telah diadakan yang disertai oleh wakil-wakil rumah sukan yang bertanding termasuk murid-murid prasekolah. Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua murid adalah acara perbarisan yang penuh warna-warni. Kontinjen Rumah Hijau telah menawan hati pihak juri untuk dinobatkan sebagai Johan. Johan keseluruhan pula disandang oleh Rumah Biru.
Olahragawan dan olahragawati bagi kejohanan pada kali ini adalah Muhammad Ariff Aizizi bin Ramli dan Syafikah Aqilah bt Mohammad.






Labels: , , , ,