Kem Bestari Solat Fasa 1 telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 18 April 2015 bermula jam 8.30 pagi. Murid-murid yang terlibat adalah dari tahun 1 hingga 5. Mereka diajar cara-cara mengambil wudhuk, bacaan dan perlakuan dalam solat. Kem ini berakhir jam 1.30 petang selepas selesai solat zohor berjemaah di surau.