Pelancaran Program Juara Sifir peringkat sekolah bagi tahun ke empat telah dirasmikan oleh Puan Hjh. Normah binti Daud, Guru Besar SK Manir pada 2 Mac 2015 bersamaan dengan hari Isnin bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Program ini bermula pada 2 Mac 2015 dan berakhir pada 12 Mei 2015. Sepanjang program ini berjalan iaitu selama lebih kurang 2 bulan, pelbagai aktiviti telah dirancang. Program Juara Sifir ini dijangka akan ditutup dengan rasminya pada 22 Mei 2015.