Seramai 20 orang murid tahun 4 dan 5 telah didpilih menyertai Perkhemahan Ibadah dan Kecemerlangan Sahsiah yang berlangsung pada 23 dan 24 April 2015. Perasmian diadakan di surau sekolah pada jam 3.30 petang. Selepas sesi perasmian, mereka telah dibawa berehlah di Masjid Kristal sebelum bertolak ke Madrasah Al-Quran, Kubang Bujuk untuk bermalam di sana. Para peserta telah didedahkan dengan nilai-nilai akhlak mulia dan merasai susasana pembelajaran di sekolah agama. Majlis penutup telah diadakan pada jam 9.30 pagi bersama para ibu bapa masing-masing.