MAJLIS PENUTUP IHYA’ RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN

Pada 14 Julai yang lalu telah berlangsung satu majlis yang cukup ditunggu  bagi murid SK Manir iaitu Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan, Khatam Al-Quran.  Majlis dimulakan dengan taklimat berkaitan dengan adab-adab semasa menyambut Aidilfitri yang disampaikan oleh Ust. Mohd Raffi b Ismail dan disusuli dengan majlis Khatam Al-Quran. Selepas tamat khatam Al-Quran Semua murid berbaris untuk bersalaman dengan semua guru.



Labels: , , , , ,