SEKITAR KEM PEMURNIAAN PECUTAN TERAKHIR UPSR 2015

Kem Pemurnian Pecutan Terakhir UPSR ( Fasa 1 : 23 – 25 Ogos 2015 ) – 6 SYAFIE & 6 HANAFI
Kem Pemurnian Pecutan Terakhir UPSR ( Fasa 2 : 26 – 28 Ogos 2015 ) – 6 GHAZALI & 6 TARMIZI

Kem Pecutan Terakhir UPSR telah diadakan di Permai Inn, Batu Burok. Kem ini diadakan 2 Fasa. Fasa pertama memberi fokus kepada kumpulan ELIT dan Fasa kedua memberi fokus kepada kumpulan GALUS.

Kem Komandan Fasa 1 telah diamanahkan kepada Puan Salmi binti Yassin dan kehadiran peserta seramai 60 orang manakala kem Fasa 2 diamanahkan kepada Encik Awang bin Nik dengan pesertanya seramai 35 orang. Kem yang diadakan ini sangat memberi makna kepada semua calon UPSR 2015.

Turut memberi sumbangan bagi menjayakan kem ini ialah Syarikat Perodua dan PIBG SK Manir.


Teruskan perjuangan semua calon UPSR SK Manir 2015. Kami mendoakan kejayaan kalian di dunia dan di akhirat.


Labels: , , ,